Kenapa Susah Nak Dapat Kerja Terutamanya Fresh Grad

Kenapa graduan muda susah nak dapat kerja? Kebanyakan kita percaya dengan adanya segulung ijazah pastinya berhasil dapatkan kerja. Kalau tengok di mana-mana iklan jawatan kosong pun sentiasa ada kekosongan kan?

Tak pernah yang tak ada kerja kosong. Tapi apabila dimohon tiada jawapan dari pihak majikan. Di mana silapnya?

Min juga pernah berada di situasi habis belajar dan susah nak dapat kerja. Pelbagai cara dah dilakukan untuk dapatkan kerja namun masih tidak berjaya.

Tiada kerja boleh buat hidup kita huru-hara. Selain itu berada dalam keadaan yang tertekan kerana tiada pendapatan.

Dengan hutang belajar lagi yang perlu diselesaikan. Tak boleh nafikan dengan jawatan penganggur kita pastinya ada rasa sedikit kecewa.

Kenapa Susah Sangat Nak Dapat Kerja Khususnya Untuk Graduan Muda?

Persoalan yang sering membelenggu seorang graduan. Tak kisah lepasan SPM, Diploma mahupun Ijazah.

Jom kita baca lagi apa sebab kebanyakan graduan susah nak dapatkan kerja. Apa sebabnya?

1- Terlalu Memilih Kerja

Mungkin ada dikalangan graduan yang terlalu memilih kerja. Benar, semua mahukan kerja yang bagus serta gaji permulaan yang tinggi.

Namun, jika kerja yang ditawarkan tidak menepati cita rasa jangan terus ditolak dahulu.

Kerja mungkin tidak sesuai dengan kelayakan akademik. Namun jika sudah lama mencari tetapi tidak dapat kerja juga maka terima dahulu mana-mana tawaran kerja yang ada.

Timba pengalaman bekerja sehingga jumpa kerja yang lebih setaraf dengan kelayakan anda.

2- Tidak Tepati Masa Ketika Temuduga

Majikan mempunyai ramai calon yang berkelayakan dengan jawatan yang ditawarkan. Antara sebab graduan muda susah dapat kerja ialah kerana masalah disiplin diri. Tidak tepati masa salah satunya.

Datang awal ketika temuduga. Anda kena jelas sebelum di temuduga kita perlu isi pelbagai borang permohonan, borang kelayakan akademik dan sebagainya. Itu semula memakan masa.

Jadi datang awal supaya anda tidak kelam kabut dan dapat bersedia sebelum sesi temuduga dijalankan.

3- Ingin Gaji Permulaan Tinggi

Semua graduan mahukan gaji permulaan yang tinggi. Namun kebanyakan syarikat atau majikan sudah menetapkan syarat minimum gaji yang sepatutnya untuk graduan baru.

Maka mungkin agak sukar untuk mahu majikan beri gaji permulaan yang tinggi. Melainkan anda boleh yakinkan mereka bahawa skil dan kemahiran yang ada boleh beri peningkatan kepada prestasi syarikat.

Mereka juga boleh dengan senangnya memberi tawaran tersebut kepada graduan berkemahiran sama yang lain.

Maka, jika gaji yang ditawarkan itu berpatutan (reasonable), maka ada baiknya anda terima dahulu dan timba pengalaman kerja dan berusaha untuk tingkatkan skill diri.

4- Skop Kerja Yang Tidak Sesuai

Adakah sebab peluang kerja yang terhad mendorong graduan mohon kerja diluar bidang? Kemungkinan besar ya kerana terdapat lambakan graduan lulus dalam bidang yang mempunyai tawaran kerja yang terhad.

Min pernah dalam situasi ini yang mana skop kerja yang ditawarkan tidak sesuai. Tapi yang peliknya tetap dipanggil untuk temuduga.

Dan seperti dijangka memang tidak ditawarkan jawatan tersebut. Tetapi min ambil ianya sebagai suatu pelajaran dan pengalaman ditemuduga.

Ianya kerana kemahiran yang ada tidak menepati skop kerja yang diperlukan majikan. Jadi untuk para graduan, pastikan jawatan yang hendak dimohon bersesuaian dengan kemahiran dan kelulusan yang ada.

5- Lemah Berkomunikasi

Kemahiran berkomunikasi adalah antara skill yang sangat diperlukan dalam dunia pekerjaan. Jika di Malaysia, kebanyakan syarikat dan majikan menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi secara formal.

Oleh itu, para graduan disarankan untuk cuba menguasai bahasa ini supaya lebih mudah untuk diterima bekerja. Terdapat juga beberapa kelas atas talian yang memboleh anda belajar untuk tingkatkan kemahiran bahasa dan berkomunikasi dengan baik.

Kesimpulan Kenapa Susah Nak Dapat Kerja?

Terdapat pelbagai faktor utama yang buatkan ramai graduan sukar dapat kerja. Antaranya seperti kurangnya kemahiran yang melibatkan teknologi, komunikasi dan juga keyakinan diri.

Namun untuk anda yang masih belum mendapat kerja, seharusnya tidak cepat berputus asa.

Bina potensi serta naikkan keyakinan serta kemahiran diri untuk meningkatkan peluang untuk mendapat pekerjaan yang sesuai.

Post a Comment

Previous Post Next Post