Cara Sediakan Quotation Untuk Penulis Bebas

Perkongsian ini tentang cara sediakan quotation untuk job menulis bagi freelance writer atau penulis bebas. Antara suatu kerjaya yang boleh dilakukan secara tetap, freelance ataupun secara kerja sambilan (part time).

Apapun apabila kita dah mula berkerjasama dengan syarikat berdaftar ni biasanya yang akan diminta ialah quotation ataupun sebut harga untuk kerja-kerja penulisan atau review produk yang akan dijalankan.


Maksud Sebut Harga (Quotation)

Quotation ataupun sebut harga ialah suatu bentuk dokumen yang diberikan kepada pelanggan semasa urusan jual beli produk ataupun perkhidmatan yang kita disediakan.

Di dalamnya akan dinyatakan dengan jelas setiap harga barangan atau perkhidmatan yang telah dipesan oleh pelanggan.

Sebagai contoh; untuk penulisan antara kerja yang perlu dilakukan ialah menulis konten dengan SEO, menulis fakta yang perlukan penyelidikan, harga setiap bilangan patah perkataan dan sebagainya.

Aktiviti tersebut perlu dimasukkan dalam sebut harga dengan jelas dan juga jumlah upah yang diperlukan.

Apa Maklumat Yang Perlu Ada Dalam Sebut Harga (Quotation)?

Antara perkara yang perlu diperincikan dalam quotation yang bakal anda hantar kepada customer ialah seperti dibawah;

Maklumat penting yang berkaitan produk/perkhidmatan yang dijual atau ditawarkan.

  • Nama produk/perkhidmatan dan juga keterangannya.
  • Jumlah produk yang dipesan
  • Harga untuk setiap unit produk ataupun perkhidmatan
  • Jumlah diskaun yang diberi jika ditempah secara pukal jika ada
  • Kaedah pembayaran (nombor akaun dan sebagainya)

Yang penting ialah perkara yang dah dipersetujui oleh kedua pihak atau perkara yang nak disampaikan mesti ada dalam quotation.

Lagi satu kita perlu pastikan segala isi yang terkandung dalam surat tersebut boleh memberitahu pelanggan info berkaitan produk dan juga perkhidmatan yang kita tawarkan.

Cara Sediakan Quotation Atau Sebut Harga

Saya lampirkan contoh quotation untuk job penulisan yang saya beri pada customer. Tak banyak sangat perkataan yang bukan-bukan cuma isi penting yang nak disampaikan kepada pelanggan sahaja.

Selain itu anda juga boleh sediakan quotation dengan menggunakan laman web percuma seperti Invoicely. Cuma bilangan untuk sebulan cuma terhad kepada 5 quotation.

Sebut harga dibawah dibuat menggunakan Microsoft Word atau Excel juga boleh. Masukkan setiap butir-butir yang diperlukan dan print PDF untuk dihantar ke klien anda.


Ini salah satu contoh sebut harga untuk servis penulisan yang boleh diberi untuk mana-mana company ke atau yang berminat nak review produk mereka.

Atau contoh kalau anda nak minta saya tulis dekat blog anda pun boleh dengan harga sekian-sekian macam tu.

Nombor unik quotation tu nak letak nombor apa?

Biasanya nombor berturutan (running number) yang kita letak dekat situ sebagai rujukan kepada kerja yang kita akan buat untuk klien.

Biasanya nombor berturutan (running number) yang kita letak dekat situ sebagai rujukan kepada kerja yang kita akan buat untuk klien.

  • Tahun 2021 (saya ambil belakang je sahaja sebagai contoh -21)
  • Bulan 05
  • Kerja yang ke berapa 001 (kerja pertama yang anda terima)
  • Jadi nombor quotation boleh diletak sebagai : #2105001

Kenapa Kena Ada Format Formal Untuk Quotation?

Untuk tujuan filing syarikat dan audit. Setiap urusan keluar masuk perbelanjaan syarikat juga akan diaudit dan disemak.

Sebab apabila kita deal ataupun bersetuju untuk kerja yang melibatkan syarikat besar contohnya, mereka kebanyakannya mengamalkan sistem filing yang melibatkan Quality Management System (QMS).

Syarikat mereka akan akan diaudit setiap tahun supaya sijil QMS mereka dapat diteruskan dan boleh beroperasi dengan baik.

Maka setiap urusan keluar masuk perbelanjaan syarikat juga akan diaudit. Penting apabila kalau la tiba-tiba mereka minta kita salinan quotation untuk job penulisan tahun lepas contohnya.

Oleh itu kita pun senang nak rujuk sebab dah ada rekod dengan sistem nombor dokumen tadi. Salinan boleh dihantar dengan cepat kepada klien.

Quotation Untuk Job Menulis atau Freelance Writer

Setiap kerja yang dibuat adalah bergantung kepada terma-terma yang anda nak letak atau pegang masa buat kerja menulis tersebut. Boleh juga dinyatakan dengan jelas dalam quotation atau sebut harga yang diberi kepada pelanggan atau customer.

Semoga cara buat quotation di atas dapat membantu anda sediakan sebut harga untuk klien kelak.

Kalau nak lebih professional anda boleh khidmat akauntan yang bertauliah. 

Semoga bermanfaat untuk para pembaca.

Post a Comment

Previous Post Next Post