4 Kelebihan Belajar Secara Atas Talian (Online)

Terdapat beberapa kelebihan untuk para pelajar belajar di kelas secara atas talian (online). Ramai juga ibubapa dan juga penyelidik yang masih membincangkan tentang kelebihan dan juga risau dengan kekurangan belajar secara atas talian (online) ini.

Walaupun ada yang tetap membantah tentang sistem pembelajaran atas talian sekarang ini, namun pendidikan untuk anak-anak tetap perlu kita teruskan. Anak-anak ini akan menjadi pemimpin dan juga penggerak negara dimasa hadapan.

Oleh yang demikian, pendidikan adalah sesuatu perkara yang tidak kita elakkan untuk perkembangan berterusan anak-anak.


Kelebihan Belajar Secara Atas Talian (Online)

Terdapat banyak platform yang telah diguna pakai untuk pembelajaran secara online bersama pengajar atau guru. Antaranya ialah dengan menggunakan aplikasi seperti Zoom, Google Meet, Microsoft Teams dan juga yang lain-lain.

Antara Kelebihan Belajar Secara Online Adalah

Antara Kelebihan Belajar Secara Online Adalah

1- Kos Yang Lebih Rendah

Belajar secara online (atas talian) tidak memerlukan kos tambahan seperti bayaran pengangkutan dan juga sewa kelas jika anak anda sedang ikuti kelas tambahan.

Kos hanya pada tenaga pengajar dan juga bayaran internet.

Selain itu beberapa kos terlibat untuk penyediaan peralatan atau gajet tambahan untuk kelas online. Tetapi kos terlibat mungkin tidak sebanyak seperti bayaran bulanan yang perlu dibayar untuk kos kelas tambahan terbabit.

2- Masa Yang Lebih Fleksibel

Ini tentunya memudahkan anda yang sedang mengikuti kelas atas talian atau secara online dengan pilihan masa yang lebih fleksibel. Jadual pembelajaran akan lebih mudah disusun dan diuruskan serta tidak terikat dengan kaedah pembelajaran konvensional.

3- Akses Kelas Yang Lebih Mudah

Ini melibatkan modul pembelajaran telah didigitalkan serta dapat dimasukkan ke dalam platform pembelajaran seperti Google Classroom. Pelajar tentunya lebih mudah mengakses modul pembelajaran yang telah disediakan oleh guru dan tenaga pengajar.

Selain itu pelajar dapat mengakses nota-nota tersebut semula walaupun mungkin tertinggal ketika kelas.

Hal ini tentunya lebih memudahkan pelajar untuk terus memahami pelajaran walaupun jika masa yang diperuntukkan untuk kelas secara online tidak mencukupi.

Selain itu juga pelajar masih boleh berinteraksi dengan guru walaupun selepas kelas dengan meninggalkan mesej di bahagian aplikasi perbualan.

4- Boleh Ikuti Kelas Dari Mana Sahaja

Dengan kelebihan jaringan internet yang lebih luas sudah tentunya anda dapat mengikuti kelas dari serata dunia dari rumah sahaja. Kelebihan ini sudah tentu membolehkan anda menjimatkan wang dengan hanya belajar dari rumah sahaja tanpa perlu ke kelas.

Apatah lagi ianya terletak di negara lain. Contohnya anda boleh mula belajar kelas bahasa tanpa perlu ke negara bahasa asal tersebut.

Namun dalam kelebihan belajar secara online terdapat juga beberapa kekurangan dan juga keadaan yang tidak baik untuk pelajar.


Antara Kekurangan Belajar Secara Online Ialah

1- Pelajar Terasing Daripada Rakan Sebaya

Pembelajaran secara berinteraksi terus dan bersemuka dengan pengajar serta rakan sekelas lain tentunya memberikan pengalaman hidup yang lebih baik untuk pelajar.

Selain dapat bersama-sama berbincang pelajar juga dapat belajar bersosial dalam masyarakat secara umum.

Ini tentunya dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan lebih baik.

Berkumpul dan berinteraksi sesama rakan sebaya adalah fitrah yang kita tidak boleh nafikan untuk anak-anak. Perkara ini sedikit sebanyak akan menjejaskan perkembangan komunikasi secara lisan jika anak-anak tidak didedahkan dengan persekitaran secara terus.

2- Jadual Kelas Yang Berbeza-beza

Jika anda sedang mengikuti kelas dengan guru yang berada diluar negara sudah tentu masalah utamanya ialah berbezaan zon masa yang ketara. Pelajar perlu berjaga sehingga lewat malam.

Ini semata-mata untuk mengikuti kelas atas talian yang diadakan. Akibatnya kesihatan pelajar akan merosot dan tumpuan terhadap kelas akan berkurang.


Kesimpulan

Oleh yang demikian, walaupun dengan teknologi dan dunia internet yang semakin maju dan capaian yang laju tentunya lebih banyak perkara yang kita boleh pelajari secara atas talian.

Akan tetapi, belajar secara online ini juga ada banyak kelebihan serta kekurangannya yang perlu kita pertimbangkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post