4 Cara Pujuk perempuan Merajuk

Betulkah orang perempuan adalah antara makhluk Allah yang susah untuk difahami? Lagi-lagi masa perempuan tengah merajuk.

Kalau nak pujuk kadangkala perlu sampai kerah keringat cari idea nak pujuk dan memahami perangainya yang tidak dapat dijangka.

cara nak pujuk perempuan merajuk

Cara Nak Pujuk Perempuan atau Isteri Merajuk

Cara nak pujuk perempuan merajuk bukan boleh terus redah sahaja kena tengok keadaan dan situasinya dulu. Kadangkala isu yang buat perempuan tiba-tiba merajuk bukanlah besar mana, tetapi perhatian itu yang diiginkan. 

Tapi sebab perasaan perempuan ini selalu diabaikan dan tidak diambil berat maka merajuk la si dia.

1-Pujuk Dan Hargai Perasaan Mereka

Kalau bercakap tentang ego, selalunya pihak lelaki yang dikatakan lebih rela menjaga ego dari memujuk seorang perempuan yang sedang merajuk. Dalam sesuatu perbalahan atau saling tidak sependapat, kadangkala mengalah dahulu bukan bermaksud kita kalah. 

Tetapi sebagai tanda kita juga boleh bertolak ansur.

Apabila bertelingkah dalam sesuatu perkara, bertenang dan bersabarlah. Cuba untuk dengarkan si dia yang mahu meluahkan perasaanya dengan sabar dan berlemah lembut.

Jika ada idea dia yang anda tidak setuju, mungkin anda boleh mengambil pendekatan untuk tunggu sehingga reda kemudian cuba untuk berbincang semula.

2- Peluk ! Cara Nak Pujuk Perempuan Merajuk.

Jangan main peluk sahaja ye. Pastikan sudah ada ikatan yang halal iaitu sudah bernikah secara sah. Peluk je isteri yang sedang merajuk tu, inshaAllah cair lah hatinya.

Silap haribulan sekali dengan merembes air mata si isteri tadi terharu dengan tindakan anda

3- Dengarkan Luahan Hatinya Yang Sedang Bersedih

Perempuan adalah makhluk yang penuh dengan emosi. Hatinya mudah tersentuh. Kadangkala pasangan fikir sesuatu tindakan yang dilakukan tidak memberi kesan kepada emosi orang perempuan, tetapi hakikatnya tidak. Lebih-lebih lagi jika sudah membina keluarga.

Orang perempuan ini sangat berharap jika pasangannya tetap sama-sama berbincang dalam setiap hal yang berkaitan diri sendiri mahupun berkenaan keluarga. Jika anda selalu membuat keputusan sendiri dan melulu tanpa berbincang akhirnya orang perempuan akan rasa pendapatnya tidak dihargai akhirnya merajuk sendiri.

Baca Lagi : Petua dan Cara Nak Move On Dari Seseorang

4- Belikan Hadiah Semampunya

Sekali sekala tiada salahnya jika anda belikan hadiah ataupun buat sedikit hantaran kejutan (surprise delivery) untuk si dia yang sedang merajuk. Mana tahu hilang rajuknya nanti.

Hadiah pula tidak semestinya mahal, tetapi effort itu yang penting. Perempuan suka pasangannya mengambil berat tentangnya selalu.

Kesimpulan Cara Nak Pujuk Perempuan Merajuk

Sikap antara seorang perempuan tidak sama semuanya. Mungkin ada yang terlalu matang dan boleh berdikari sehingga mampu kendalikan emosinya sendiri tanpa perlu pujukan lelaki. Ada juga yang masih bersikap keanak-anakan dalam perhubungan sehingga sering bertindak diluar kawalan. 

Seimbangkan antara emosi dan juga akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT untuk memperbaiki perhubungan sesama insan.

Jangan Sampai Si Dia Tawar Hati

Kalau seseorang perempuan itu merajuk ketahui bahawa ianya normal sebagai tanda ketidakpuasan hatinya. Ataupun sedang protes dengan sesuatu perkara yang tidak disetujuinya.

Namun, jika seorang perempuan itu sudah mula diam, itu maknanya dia sudah mula tawar hati dan tersangat kecewa.

Lebih susah untuk pujuk semula seorang perempuan yang hanya merajuk dari tawar hati. Ini kerana apabila seorang perempuan itu mula tawar hati maka padanya tiada lagi perkara yang perlu diperkatakan atau dibincangkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post